Sunday, March 9, 2008

mencari hati...


Pada suatu hari yang tidak ketahuan..cuaca yang panas garing..angin membahang kering..di sebuah bandar sesak..celah-celahan bangunan pencakar langit..dalam jerebu asap kemodenan dan manusia-manusia bertopeng. Di satu sudut jalanan, seorang budak lelaki..panggilnya " anak muda" dan di sisi depannya seorang lelaki..separuh abad..dikenalkan "orang tua".
"Anak muda" mundar-mandir, melihat sana kemudian sini..mata yang melilau tanpa fokus..teraba-raba pada himpunan timbunan sampah sarap berlonggakan..sesekali..bertanya-tanya pada orang-orang sekelilingnya..tapi dia terus melangkah pada arah kedepan. Bajunya comot..berwarna putih asalnya..dan dibahagian depan bajunya bersisa darah yang masih meleleh dari dalam bajunya. Mukanya pucat,matanya cekung..jalannya terhinjut-hinjut lemah. Orang-orang bertopeng..hanya melihat tanpa rasa..dan kadang kala mengeleng kepala apabila budak itu bertanya pada mereka..tapi mereka terus juga melangkah..tanpa ada rasa endah melihat keadaan "anak muda" itu.
Tibanya di satu titik.."anak muda" bertembung dengan "orang tua"..yang memerhatinya dari jauh sejak beberapa minit yang lalu..lantas..pertembungan itu melahir kata bual antara mereka...

"orang tua" : Anak muda, ke manakah kamu??

"anak muda": Saya sedang mencari wahai orang tua..

"orang tua" : oh..betullah telahan "orang tua" sedar tadi..tapi..apakah yang dicarimu anak muda??

"anak muda": "HATI"..hati saya telah dirompak..

"orang tua" : benarkah??sudahkah kamu mencari di semua tempat??di dalam longkang?? di rumah rumah mewah..di pejabat-pejabat besar??di ceruk ceruk kampung??atau di hutan yang tidak lagi tebal??dan sudahkah kamu melaporkan pada pihak berkuasa??

"anak muda": sudah..sudah pak cik..saya sudah penat..saya bernafas dalam kesakitan berjalan dalam kepayahan..semua orang saya bertanya..pihak berkuasa sudah di lapor..tapi kata mereka..kes sebegini tidak perlukan laporan..hati tanggungjawab sendiri..adakah pak cik ternampak hati saya??

"orang tua" : tidak anak muda..tapi..kenapa bajumu penuh dengan darah??

"Anak muda" tanpa bicara..membuka bajunya..dibalik sehelai baju berdarah itu.. ada dada terhiris dalam..hingga ternampak tulang-tulang rusuk, jantung merah yang masih berdenyut..urat-urat yang berselirat dibalik rekahan berdarah..kudis2 yang membawa nanah..dasyat..keadaannya..darah yang hampir kering disedut rakus bahang mentari..jijik..ngeri..dan ternampak ruang hati yang telah kosong..."anak muda" muda menyambung bicara...

"anak muda": inilah jadinya..mereka merobek dada saya untuk mencuri sekeping hati milik saya..


"orang tua" : kejam..mereka kejam..di mana letaknya hati mereka???

"anak muda": hati mereka telah tiada..mereka gadaikan pada yang berkuasa..tokey tokey besar..pada dunia..demi hidup yang senang..mengejar erti kemodenan..hati hanya untuk dijadikan permainan..makanan..atau pun barang hiasan..hati tiada harga untuk kemanusiaan..hanya untuk wang dan kuasa...

"orang tua" : begitukah "anak muda"??"orang tua" ini masih mundur..tidak tegar dengan kebenaran sebegitu..tapi "anak muda"..kemanakah kamu selepas ini??masihkah ingin terus mencari??

"anak muda": tidak..sya tidak mahu mencari lagi..saya penat..letih..terseksa..saya ingin tidur dan hanya bermimpi tentang hati...

"orang tua" : tapi"anak muda"..bagaimanakah dengan hati kamu??bagaimana kamu mahu hidup tanpa hati??

"anak muda": tidak ada apa-apa "orang tua"..manusia hari ini..boleh hidup tanpa hati..itu lebih menuju matlamat kemodenan dan kemajuan..jika mereka ada hati..tidaklah saya begini, di tikam..dirobek..dirompak..diseksa..hanya kerana sekeping hati..tidak ada hati lebih bermakna di zaman ini..hati hanyalah sebagai penghalang kejayaan..

"Orang tua" mengangguk perlahan mengiakan..

"anak muda": "orang tua", masih ada hati..jagalah ia dengan baik..simpanlah ia ditempat yang selamat..supaya boleh MATI dengan HATI..

"orang tua": baik wahai "anak muda"..tapi kamu..mesti terus mencari..mesti..bukan manusia tanpa hati..doa "orang tua" hanya satu..supaya kamu menemui hati kamu..semoga kamu pun MATI dengan HATI..

"anak muda": benar..benar pakcik..saya mesti terus mencari hati saya..walau ia telah di curi..tapi saya mesti hidup dan MATI dengan HATI..sehingga berjumpa lagi kita wahai "orang tua"...

"orang tua": sehingga berjumpa lagi "anak muda"!!!

Dalam langkah terhinjut- hinjut.."anak muda" terus berjalan..kerana masih ada rasa untuk terus mencari hati yang di curi.."orang tua" menghantar "anak muda"..dengan renungan yang tajam penuh harapan..mengharap anak muda menemui hatinya...hingga hilanglah anak muda di celah-celah bayang manusia-manusia bertopeng...


1 comments:

whitelily said...

aku juga kehilangan hati...tapi bukan kpd org2 yang tamak..bkn kpd orang2 yang hanya memikirkan kekayaan dunia..hatiku hilang pada seseorng yg terlalu aku percaya..terlalu aku cinta..hingga aku menjadi seornag peminta..sehingga aku menjadi seorng yg lemah...manusia itu kejam..m'ambil hatiku dan menyiksanya sehingga hatiku sudah tidak mampu untuk merasa apa2 lagi..dan kini aku sedang mencari kembali hatiku..perasaanku..namun bkan kpadanya...tidak sekali2..

 

Blog Template by YummyLolly.com