Monday, March 10, 2008

Di Daerah Bahagia


pepohon rendang melambai..
kiri dan kanan tiada bezanya..
burung ketitir terbang bebas..
lalu berhenti seketika..
mempersembahkan lagu bahagia..
dan alam keriangan..
segalanya berkumpul di satu daerah..
walau jauh tapi bahagia..
tiada di sini erti penderitaan..
yang menjerut diri dengan tali cemeti..
di daerah terpencil ini..
alam dicipta dengan seribu keindahan..
tiada suara yang bisa bertelagah..
menidakkan bahagia ini..
kerana hati sudah dapat melihat..
dan mata tidak lagi buta..
berterbang bersama camar putih..
melihat bahagia yang terbina..
pada jalanan kehidupan..
yang sekejap cuma..











0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com