Saturday, May 24, 2008

senyum..



senyum..manusia mengunakan purata 17 otot untuk senyum..satu fakta umum yang mungkin di ketahui khalayak..tapi tiada siapa tahu apa erti di sebalik senyum..semua orang mampu tersenyum..tapi tidak semua orang mampu tersenyum dengan hati gembira dan bahagia...senyum lambang kebahagian..betulkah??bagi aku,senyum lambang kekuatan..orang yang mampu senyum di sebalik kegagalan atau ujian..adalah orang yang berani menghadapi dunia..kerana lumrah alam seakan menyetujui senyum itu lambang kebahagian..senang kita mengira..orang yang tersenyum itu sedang bahagia..padahal..makna di sebalik senyuman itu hanya sang empunya diri lebih mengetahui...ada yang tersenyum untuk menyenangkan hati orang,ada yang tersenyum untuk menunjukkan kebahagian yang tak dimiliki..kadang-kadang..ada yang tersenyum kerana berkuasa..ada yang tersenyum kerana bersyukur...senyum itu sesenang mebilang 1 2 3...jadi semua orang tersenyum..bila bila masa..mengukur satu nilai senyuman..bagaimana??jika ada yang mampu tersenyum saat sendiri sedang memikir hidup dan diri sendiri...mungkin kebahagian memang wujud di hati..dan memberi nilai sebenar senyuman itu...berapa orangkah begitu??aku tak mampu senyum pada diri sendiri walau aku tersenyum pada dunia...


Friday, May 23, 2008

paling besar..


hidup..buat kita fikir banyak pekara...membuat akal berputar-putar seringkali..memikirkan tentang masa..tanggungjawab..kasih sayang..kebahagian...kerjaya..orang lain..pangkat..dan beribu macam lagi..lantas berfikir juga kita...tentang apakah yang paling besar dalam hidup sehari-hari..ada waktu-waktu..merasa mereka yang berpangkat...begitu besar hidupnya pada mata kita..seringkali juga memikirkan penghibur filem atau penyanyi itu..mesti beruntung hidupnya..dikenali ramai..berpengaruh...dan mewah..bagi kita sekali lagi..hidup mereka nampak begitu besar..memikir pula..kerja-kerja yang paling bagus..doktor misalnya..atau jurutera..seakan besar tanggungjawab di mata kita..cinta-cinta dongeng si Cinderella,Snow white..mahupun laila majnun, romeo dan juliet ataupun tajmahal dan mumtaz mahal..begitu besar dan agung seakan cinta mereka..sedang terfikir-fikir..semua benda yang dikenali..yang baik -baik,yang mewah dan berpangkat..itu begitu besar dalam pandangan kita..padahal terlupa juga seringkali..diri kita dan hidup kita lah yang paling besar dalam hidup kita juga...walau seringkali kita melihat dan ingin memikir yang enak-enak saja..diri kita yang kecil dan tak dikenali ini jugalah yang paling bermakna pada diri sendiri dan hidup sendiri..setiap hari..bila bangun pagi..mesti yang terfikir adalah diri sendiri,apakh diri aku lakukan hari ini??walau apa sekalipun..berputar putar hidup dan akal itu...adalah mengenai diri sendiri juga...akhirnya..paksinya terikat pada diri sendiri juga...



Monday, May 19, 2008

teacher's day celebration..



my happy days..(*____*)
.
.
.
got lots of presents from my kiddy..
.
.
thank you kerana menghargai saya..so touching..when all my kiddy came to me..and give their presents..and then hulurkan tangan for forgiveness..if they know..they never ever hurt my felling..but most everytime..they just bring more and more happiness in my life..make me more appreciate my self days after days!!
.
.
again
.
.
thank you kids!!




its mine..finally..

my red guitar!!
.
.
.
.
i have to learn from now on...





Saturday, May 10, 2008

omma..sarangee~


happy mother's day...
.
.
.
..just u my only mom..that i will love till my last breath..
how bad i'm..how rude i'm..how mad i'm..how dispointed i'm..how hurt u're..please forgive me..i'm just every child..who wish to have every mom like u...indeed very special!!.
.
.
.
"anak-anak hanya tahu mengungkit apa yang ibu lupa berikan pada mereka, dan anak-anak hanya tahu mengingati apa yang mereka berikan pada ibu..dan ibu berikan segalanya pada anak-anak..tanpa mahu mengungkit atau mahu mengingati"
.
.
.
nothing to wish..only pray..MAY ALLAH..balas segala jasamu..
.
.
terima kasih mAk..




angan si jenin...


si jenin..slalu berangan angan..hingga di akhir cerita...dia mati jatuh pokok kelapa...hinakah?memasang angan-angan walaupun ternyata kosong??sedang jenin..ada angan-angan..mahu menjadi kaya..mahu menjadi tekenal..mahu di hormati..hidup dengan angan2 walau pun kosong..masih tetap memberi kita harapan..begitu juga si jenin..jenin mati dan meninggal kosong angan-angannya..kerana dia berangan di tempat yang salah..di atas pokok kelapa..tapi tiada apa-apa salah akan angan-angan si jenin..angan si jenin adalah angan kebanyakkan orang..seperti kita..berangan mahu kaya..mahu berjaya.. mahu hidup senang..mahu berpangkat...mahu berkahwin orang cantik-cantik kacak-kacak...siapa tidak pernah berangan seperti itu??hatta budak tadika sekali pun ..sudah memasang angan-angan sebegitu..kita asyik menghina hingga hari ini..si jenin hanya berangan kosong..sedang kita menunding jari pada salahnya si jenin..kita sendiri berbuat begitu...tapi hidup..memang perlu berani memasang angan..asal kaki terpaku di bumi nyata..tidak nanti jatuh mati seperti jenin..setiap orang perlu angan-angan..dari angan-angan menjadi impian membawa harapan...tanpa harapan jiwa kosong..lalu mati tanpa kebahagian...jangan lagi menunding jari pada jenin..kerana ajal menjemputnya terlebih dahulu..tidak bermakna angan-angannya satu kehinaan!!


 

Blog Template by YummyLolly.com