Sunday, March 30, 2008

mata kasar..



apa yang kita lihat..hanyalah dari mata kasar..melihat secara zahir..mentafsir secara luaran...membuat kesimpulan hanya dari memandang...sering kali kita menyangka..orang yang tersenyum itu gembira..orang yang ketawa itu bahagia..orang berkereta besar itu kaya raya...orang yang cantik itu popular..orang yang bijak itu berjaya..orang yang alim itu beriman..dan orang itu sebegitu..orang ini sebegini..semua kira kira tentang orang..hanya kita simpul..dari pandangan mata kasar..bila difikir..orang berharta itu mestilah hidup berbahagia..mula lah terasa diri kita tidak bertuah..bila dilihat..orang cantik molek itu di dekati ramai..sekali lagik mengata diri bernasib malang..orang yang bijak itu pula dikatakan berjaya dalam hidup...sekali lagi terasa diri seakan bodoh amat...bila sudah melihat hanya dari mata yang kasar...semua nya pada diri sendiri tidak kena..seakan tiada kebaikan dalam diri..seakan orang lain lebih segala...begitu lah setiap makhluk bergelar "orang" itu..melihat mata kasar..menyalahkan diri sendiri...tanpa rasa syukur..sedangkan..mata kasar itu tidak di bawa melihat alam ceruk lain..melihat pada si makan lumpur mengalas perut..penderita kesakitan tiada ubatan..si buduh dungu yang di buli buli..si comot tidak berharta tidak berbaju baru...kerana kita mampu memilih..seringkali hanya ingin melihat benda2 yang elok sahaja..bangunan yang besar kereta yang mewah..org yang bijak..wajah yang tampan..muka yang cantik..ibarat hanya mendongak ke langit sahaja..melihat yang di atas sahaja..tidak menjengah ke tanah lumpur..menunduk ke bawah...kata orang jadikan yang berjaya itu inspirasi...tapi sering kali terfikir..bagaimana kejayaan itu dinilai..jika berpangkat berharta ...berperangai iblis??..berjayakah??sedang kalau kita melihat dari bawah...melihat orang lain berjalan..sedang kita berkereta...bersyukur kita tak di baham bahang mentari...jika tidak mahu melihat ke tanah lumpur...mesti melihat dengan mata halus..setiap orang perlu di halusi...tidak semestinya kaya itu bahagia..tidak tersnyum itu suka..tidak menangis itu kesedihan...tidak sakit itu bebanan..tidak cantik kebangaan..tidak kepandaian itu kebaikan..dan tidak ini pada itu.. melihat apa yang di keliling..bukan hanya dengan mata kasar..setiap apa yang dilihat mesti di perhalusi...supaya diri sendiri..besrsyukur akan diri sendiri juga...tapi..sering kali juga..kerana kita orang..sering kali hanya melihat dengan mata kasar..sering kali hanya begitu..dan terus begitu..



Saturday, March 22, 2008

impian kecil..


impian aku..
hanya impian kecil..
hanya pula..
ada satu..
hanya itu..
yang di impikan..
yang di harapkan..
membawa bahagia..
dalam dunia kecilku..
impian aku..
hanya pula..
aku seorang mimpikan..
sedang mereka..
bermimpi yang lain..
lantas..
atas keterpaksaan..
impian kecilku..
aku gadaikan..
dengan air mata yang aku sekat sekat..
dengan jiwa yang kembali kosong..
dan bahagia yang berpergian..
mereka fikir..
impian aku..
hanya impian kecil..
impian kecil..
tak layak untuk di impikan..
sedang aku..
hanya impian itu..
segalanya..




tidak pernah paham..


orang lain..tidak pernah paham..walau sedalam mana diterang..mereka tidak pernah paham..dan tidak mahu paham..what ever they wishhh...what ever..they took my dream apart..just let them talk what they wish..just let them dream what they wish...just let them do what they wish..if they hepy to do sooo..i'm just silently standing..seeing..still wishing just for my dream.....just to live in my little world...hanya ingin jadi AKU..aku hanya ingin hidup..dalam dunia aku..dengan cita-cita aku...impian aku yang aku rasakan kebahagian aku..kenapa tidak pernah paham..sedang mereka..juga pernah bermimpi..orang lain..memang begitu..just let them dream..just let them pray their wish..and just let me dream..pray my own wish..my life is mine..my dream is mine...my soul is mine..orang lain..persetankan..!!!!..in the end..just i am..
Thursday, March 13, 2008

Dewasa

Dewasa..
apa ertinya..
gembira atau duka?
bebas atau terbelenggu?
atau..
hanya satu nama..
yang tiada apa-apa makna..
kita yang mendaki..
dari inci ke inci..
bukan bebas..
bukan jua terbatas..
tapi di hadapan..
kerana sudah banyak di belakang..
hanya lebih mengerti..
erti realiti..
dengan hati jua fikiran..
dari tapak lama..
yang memberi pengalaman..
mendewasakan..
tapi..
dewasa itu..
benarnya..
aku masih tak mengerti..


wanita tua dan orkidnya...


wanita ni..bagi usia seperti aku..dia dah ibarat seorang nenek...siapa dia??..i dun't know much who she is..yang aku tau..dia seorang penjual pokok orkid..n tapak jualan tu kepunyaan dia...dalam usia dia..usually..orang lain senang untuk habiskan masa melyan anak cucu di rumah..but "nenek" nie..setia melayan kerenah orkid dan pelanggan yang datang ke kedainya...tanya apa saja pasal orkid.."nenek" dengan berbesar hati bagi tips dan pendapat...n yang bestnye..rata - rata pelanggan yang datang kedai dia...akan menjadi pelanggan tetap...macam -macam orkid ada kat kedai nie...rare n cantik..and biasanya..if aku teman mak aku pegi beli..memang hanya nenek ni je yang sorang2 jaga..actually..personally..aku respect "nenek" nie..semangat yang dia bawa dalam usia dia..she's very comited with what she's doing..age doesn't be a metter..dia sangat-sangat minat dengan orkid nie..dia hafal nama-nama orkid..dia belajar how take a good care of orchid..n she's always seem happy when ever we asked anything about her orchid..from what i saw..she's enjoy her's life well..even apa yang dia buat hanyalah menjual dan menjaga orchid..there's no reason to say "NO" to happiness...if..
.
.
.
.
.
.
we give..
.
.
.
.
our
.

.
.
FULL HEART!!




ooorrchidlaaa...

variation of orkid...its beautiful n colorful ..n i'm just wondering...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
how's da' life differ...








petang...

wondering..petang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nothing much




Tuesday, March 11, 2008

sunshine..


sunshine..hope of life...how deep we felt down..sunshine still bring hope to our darkness...day after day..and.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.


time passing.......................











salju hitam dan 7 orang gergasi..


"Salju hitam"..lahir di sebuah istana..pada era penentangan china dan eropah???..iaitu pada satu zaman...... zaman dahulu kala."Salju hitam" telah kematian ibu tercinta sejak hari dia di lahirkan..hidup sebgai anak yatim di sebuah istana yang mewah dan megah.Setelah 18 tahun kemudian.."salju hitam" telah mencapai usia remaja..Rupa paras "salju hitam" mula meniti dari mulut rakyat jelata..Rakyat jelata teringin benar untuk melihat rupa paras puteri raja ini si "Salju Hitam"..Dari lorong belakang pasar hinggalah ke pelabuhan besar di hujung muara sungai..rakyat jelata asyik bercerita dan berteka teki akan wajah puteri tercinta.

Penjual Daging:"Puteri Salju hitam mesti mempunyai rupa paras yang cantik..bukan itukah ciri2 puteri-puteri bangsawan??"

Pembeli sayur yang asyik mendegar perbincangan tersebut mencelah..."Ya puteri kita khabarnya..wajahnya putih bak salju..matanya bundar dan menawan..pipinya merah dan gebu..hidungnya mancung terletak..dan rambutnya ikal menawan..khabarnya juga bila menyanyi burung-burung terdiam mendengar lunaknya suara si puteri yang keluar dari dua ulas bibirnya mekar"...tokok si pembeli sayur dengan penuh semangat...

berita tokokkan itu terbawa ke lorong belakang kedai hinggalah ke pelabuhan..semua orang memuji kecantikkan puteri yang disebut sebut itu walau mereka sekalipun tidak pernah bertentang mata dengan si puteri idaman rakyat...bagi mereka..puteri haruslah cantik..elok di pandang..bersifat penuh kebaikan dan kesopanan...dan apa-apa sajalah yang elok..


Pada suatu hari ayahanda Si "SALJU PUTIH"..raja negeri "Aman Makmur"..berkahwin dengan seorang wanita bangsawan dari negeri jiran..wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik..dan berpewatakan menarik...majlis keraian diadakan..rakyat jelata di jemput hadir..makanan,minuman dan persembahan yang paling hebat disediakan..semuanya mesti menunjukkan kemegahan dan kemewahan..bukan begitukah seharusnya hidup seorang raja yang bangsawan??

Berduyung-duyunglah rakyat jelata hadir meraikan perkahwinan tersebut...di samping mahu menatap wajah si "Salju Hitam" dan permaisuri yang baru..

Si Raja yang dihormati merperkenalkan permaisuri pilihan hati kepada rakyat...bertepuk tanganlah si rakyat jelata kerana mendapat permaisuri yang cantik menawan lagi peramah..tibalah giliran si Raja memperkenalkan sang puteri yang menjadi perbualan rakyat..memang benar..sang puteri si "Salju Hitam" cantik rupawan...dihiasi pula dengan pakaian dan perhiasan yang mahal-mahal belaka...namun wajah si "Salju Hitam" masam mencuka..tidak peramah seperti permaisuri yang baru..tidak beberapa minit kemudian...si "Salju Hitam" bangun sambil mencampakkan gelas yang di minumnya..dia menjerit dengan kuat.."aku rimas dengan kamu semua rakyat yang kelaparan..datang ke istanaku dan mengganggu malamku yang sepatutnya indah"..dia terus berlalu..masuk ke dalam istana mewahnya...
Rakyat jelata nyata berkecil hati dengan tindakan si "Salju hitam"yang khabarnya mempunyai perwatakan yang elok dan bersusila tinggi..jika tidak kerana ayahanda nya..tunduk memohon maaf..mungkin hampir kosonglah istana tersbut ditinggalkan dengan kemarahan rakyat yang rasa terhina dengan kata-kata si "Salju Hitam"...

Selepas sepurnama berlalunya majlis keraian yang "bersejarah itu"..cerita akan puteri "Salju Hitam" yang biadap mula di lupai...tapi keadan di istana tidak begitu..perangai biadap si Salju hitam makin menjadi-jadi..si Salju Hitam cukup benci akan ibu tiri barunya itu...dia merasakan kecantikan dan kebaikan ibu tirinya mencabar kedudukannya sebagai seorang puteri...kasih sayang yang ikhlas dari ibu tirinya..di salah erti sebagai perangkap untuk menjatuhkan dirinya...

Sehinggalah suatu hari...si "Salju Hitam" mendapat tahu rahsia ibu tirinya yang mempunyai cermin ajaib yang boleh berkata-kata...dia ingin benar bercakap -cakap dengan cermin ajaib itu...untuk menanyakan siapakah gerangan wanita tercantik di dunia..dan bilakah Si Putera Idaman akan hadir dalam hidupnya.. berkahwin dengannya serta hidup bahagia selama-lamanya...seperti kebnyakan cerita dongengan2 puteri raja yang lain...tapi niatnya tidak kesampaian...kerana ibu tirinya..asyik menghalang beliau masuk ke bilik rahsia di bawah tanah itu..hinggalah pada suatu hari...

Niat si "Salju hitam" termakbul..si "Salju Hitam" tanpa berlengah..menanyakan cermin ajaib yang boleh berkata-kata akan soalan yang asyik terpendam di dalam.."Wahai Cermin Ajaib..bilakah putera impian akan datang meminang beta??"...cermin ajaib lalu berkata-kata"Sempurna lagi tuanku..sabarlah"..gembira sungguh si "Salju Hitam" mendengar jawapan tersebut sambil membayangkan putera yang kacak menawan serta gagah perkasa datang melamarnya..kemudian si "Salju Hitam" menyakan soalan yang lain..."Wahai cermin yang ajaib..siapkah wanita tercantik di dunia ini..betakah?..beta rasa betalah paling cantik..tidakkah begitu wahai cermin ajaib?"...cermin ajaib berdiam diri seketika sebelum menjawab..."Tuan Puteri memang cantik rupawan...tapi tuan Puteri bukanlah wanita tercantik di dunia...bukan tuan puteri..walau tuan puteri cantik..tapi hati tuan puteri kotor...orang yang paling cantik ialah wanita yang mempunyai rupa yang cantik dan hati yang bersih...bukan tuan puteri...tapi ibu tiri tuan puteri..tuanku permaisuri.."..mendengar jawapan yang manyakitkan hati dari cermin ajaib itu..."Si Salju Hitam"menjadi cukup marah..dia mencampak cermin ajaib..hingga pecah berderai..lalu melarikan diri ke hutan...tanpa memikir kan sebarang sebab dan akibat..hanya mengikut rasa marahnya...

Setelah berlari berhari-hari..dengan rasa marah yang di pendam..si "Salju Hitam" mula tersedar..dirinya telah sesat jauh ke dalam hutan tebal...perutnya mula terasa lapar...dia mula menyesal kerana terlampau mengikut rasa marahnya..seorang diri di dalam hutan...kesejukan..kelaparan..dan ketakutan...si puteri mula menangis...tangisan nya di dengari..oleh tujuh orang gergasi yang bertelinga besar...

Tiba-tiba..dalam kegelapan malam..dan kesejukan sambil menangis...si "Salju Hitam"..terasa kawasan sekitarnya bergegar dengan kuat..."Salju Hitam"menyangka gempa bumi melanda..dia menangis semakin kuat...tanpa disangka..gegaran itu terhenti..dan di depannya ada tujuh raksasa bertelinga besar...menghulur tangan untuk menyelamatkannya..."Salju Hitam"teragak-agak untuk menyambut huluran tangan itu..Tapi..Sang-sang Gergasi yang di fikir kasar dan ganas itu..tersenyum penuh keikhlasan terhadapnya...akhirnya si"Salju Hitam" diselamatkan oleh gergasi-gergasi tersebut dan di bawa pulang ke gua tempat mereka tinggal..

Tinggallah si Puteri "Salju Hitam" bersama-sama tujuh orang gergasi bertelinga besar di dalam gua yang kelam..dan berdebu itu...Salju Hitam asyik membuat hal yang tidak sepatutnya...gergasi-gergasi yang baik hati ditengking kerana dia benci dan jijik melihat rupa gergasi yang buruk..bertelinga besar..dan berbadan besar...dia asyik menjerit minta di hantar pulang...dan merungut kenapa gerangan putera idaman tidak datang menyelamatkanyya dari gua yang melemaskan itu...gergasi-gergasi yang baik hatinya...tidak tahu bagaimana untuk menolong si "Salju Hitam"..apa yang boleh mereka buat hanyalah menyediakan makanan yang elok-elok agar si Salju Hitam berpuas hati...

Maka pada suatu hari...gergasi-gergasi bertelinga besar..berusaha..mencari cendawan bintik-bintik yang paling enak untuk disajikan kepada "Salju Hitam"..setelah penat merayau-rayau di dalam hutan...berjumpalah mereka akan cendawan berbinti-bintik yang di cari...cendawan-cendawan tersebut segar dan mengeliurkan..pulanglah gergasi-gergasi tersebut dengan hati yang gembira..dan menyediakan cendawan itu kepada "Salju Hitam"...

Nyata "Salju Hitam"..begitu berselera memakan cendawan bintik-bintik tersebut..tapi..tanpa disangka-sangka...salju hitam jatuh pengsan..dan terus tidak sedarkan diri...Gergasi-gergasi mulai panik dengan keadaan tersebut...tiba-tiba..mereka tersedar..bahawa cendawan tersebut sebenarnya beracun..kerana cendawan bintik- bintik putih sahaja selamat di makan..bukan cendawan bintik-bintik merah seperti yang mereka petik...

Hampir seminggu si "Salju Hitam" tidak sedarkan diri..sebelum sang "Putera Idaman" yang tersesat ke dalam gua 7 orang gergasi datang menyelamakannya..."Putera Idaman" mempunyai ciuman ajaib..yang boleh merawat semua penyakit di dunia ini..Si "Putera Idaman"menggunakan kelebihan tersebut untuk menyedarkan si "Salju Hitam" dari tidurnya...dahi si "Salju Hitam" diciumanya dengan penuh harapan..seperti yang diharapkan..terjagalah si "Salju Hitam" dari tidurnya yang lama...maka bergembiralah 7 ekor gergasi yang baik hati...

Si"Salju Hitam" membuka matanya perlahan-lahan..di depanya ternamapk..wajah si"Putera Idaman"..dengan rasa terkejut.."Salju Hitam" bingkas bangkit dan menampar wajah "Putera Idaman"..."Siapakah kamu..wahai lelaki yang hitam lagi hodoh?"...tanya "Salju Hitam"...
"Betalah Putera Idaman"..jawab si "Putera Idaman"..dengan rasa rendah diri dan terhina akan kata-kata "Salju Hitam"..."Beta datang menyelamatkan tuan Puteri untuk di hantar kembali ke istana tuan puteri di negeri "Aman Makmur"..mahukah??...Salju hitam yang terpinga-pinga kerana tak menyangka putera idaman yang hadir sebenanrnya berwajah hitam dan hodoh..walau badannya tinggi dan tegap..dan baik hatinya.."Hantar Beta pulang..beta tak sanggup hidup di sini lagi...sebagai balasan ..beta akan tunaikan permintaan tuan hamba"...kata "Salju Hitam" dengan penuh angkuh dan bongkak..maka tinggalah 7 orang gergasi dengan rasa tercalar di gua yang melemaskan itu.........

Pulanglah..si "Salju Hitam"..kembali ke istananya yang mewah..kepulangannya di sambut dengan air mata gembira..Raja dan Permaisuri yang baik hati...Maka tibalah masa untuk si "Salju Hitam"..memenuhi permintaan "Putera Idaman"...tanpa disangka.."Putera Idaman" idaman melamarnya untuk berkahwin..terpaksa lah si "Salju hitam" menerima lamaran itu dengan hati yang berat kerana janjinya telah dibuat...

Hiduplah si Putera dan Puteri dengan penuh berantakan di Istana yang mewah...hampir sedekad kemudian...hebohlah satu negari "Aman Makmur" akan berita perceraian si "Salju Hitam" dan "Putera Idaman"...betullah andaian rakyat jelata bahawa perkahwinan mereka tidak kekal selamanya..kerana perangai sombong,angkuh, dan biadap si "Salju Hitam"...maka..tinggalah si"Salju Hitam" yang HANYA cantik rupawan di istana mewah hingga ke akhir hayatnya..tanpa sikap yang ingin berubah..N





Monday, March 10, 2008

Di Daerah Bahagia


pepohon rendang melambai..
kiri dan kanan tiada bezanya..
burung ketitir terbang bebas..
lalu berhenti seketika..
mempersembahkan lagu bahagia..
dan alam keriangan..
segalanya berkumpul di satu daerah..
walau jauh tapi bahagia..
tiada di sini erti penderitaan..
yang menjerut diri dengan tali cemeti..
di daerah terpencil ini..
alam dicipta dengan seribu keindahan..
tiada suara yang bisa bertelagah..
menidakkan bahagia ini..
kerana hati sudah dapat melihat..
dan mata tidak lagi buta..
berterbang bersama camar putih..
melihat bahagia yang terbina..
pada jalanan kehidupan..
yang sekejap cuma..











my life and soul..


labels posting nies..asalnya aku labels sebgai "aku"..sekarang aku tukar jadik my life and soul..sebab tadi aku baca diari lama aku..satu buku tue aku nama kan "life and soul"...diari-diari aku aku bagi nama..kat depan-depan muka surat..tadi..aku nak cari tulisan-tulisan lama aku..nak share dalam blog aku..tiba-tiba aku terbuka buku "life and soul" nie..actually aku bukan la tulis diari sangat dalam buku yang aku panggil diari tu..aku tak suka menulis untuk rutin..kalau aku nak menulis ,aku ikut mood dan keadaan..so aku tak tulis diari hari-hari...aku pun tak tulis..apa yang aku buat hari tu..sape aku jumpa hari tue...aku bnyak tulis pendapat..peringatan...n poems...coz sekrang..aku tgh excited update blog..aku nak post tulisan2 aku yang lepas kat blog aku..n aku rasa"life n soul" lagik sesuai..untuk mengambarkan aper yang aku tulis tentang diri dan hidup aku..so..kat sini..under labels.."my life n soul"..aku antar posting related diri aku n idup aku jer...

aku dan hidup

aku dan hidup..ayah mak mebawa aku ke dunia..aku pun hidup..dulu kecil..kini besar...bila besar..aku rasa menjadi aku bukanlah senang..tapi bila besar ini jugak..aku fikir..setiap orang hidup..bukan senang..sebab aku orang..jadi aku terima kenyataan..kesusahan hidup..memanglah orang...sekarng..aku berumur 22..bila aku pandang ke belakang..mmg sudah bnyak aku tinggal..masa kecik..masa mencipta impian..masa berlarian..masa tidak berakal..sekrang aku hidup sebagai dewasa..dulu masa kecik-kecik..memang aku suka nak jadi besar..tapi bila dah besar...baru tergadah..sebab dah tau tinggi ke rendah langit tue..aku lahir dalam keluarga pendidik..masa aku umur nam taun..aku dah masuk darjah satu..umur 7 taun..aku skali lagi darjah satu..nombor yang paling elok pernah aku dapat masa sekolah rendah sampai sekolah menengah..nombor 3..aku tak pernah rasa dapat no 1..tapi bnyak kali aku dapat no 8 n 12..aku ada abg aku ada adik..antara mereka..aku je yang tak pernah rasa dapat no 1..aku nie pemalas..aku suka sangat berfikir..aku tak tido malam..aku sangat nakal masa kecik..lam adik beradik aku..aku jer yang main kejar2 pusing satu kampung..masa kecik..aku selalu kena marah..kadang2 aku kena marah tanpa sebab..mungkin sebab aku nakal..aku tak buat salah pun orang rasa nak marah..aku ingat..aku slalu nangis..sebab aku tak buat salah..kena marah..sampai satu masa..aku mmg sakit sangat kena marah..aku mula melawan..orang marah aku jer aku lawan..tak kira saper..bagi aku tue senjata yang aku ada...aku kena lawan..sebnarnya semakin kita lawan semakin orang marah...tapi aku tak kira..aku keluar gak aper aku nak cakap...sampai aku besar..aku mmg suka melawan..sampai sekrang..jangan marah aku bnyak2..aku tak bleh tahan..jangan tengking..aku pantang...antara dua..aku nangis..or org tue nangis..aku tak cepat terasa ngan orang luar..org luar if marah aku mmg aku boleh sabar..tapi klu orang dalam marah aku aku rasa tercabar...lepas aku abis sekolah rendah dengan darjah satu 2 kali..aku masuk sekolah menengah..aku sekolah agama..aku tak suka sekolah nie..semer orang hipokrit..just becaoz..sekolah nie sekolah terbaik..so aku stay sampai form 5..pastu aku masuk ting 6..then aku dapt tawaran masuk matrik kpm..xsampai sebulan..aku dapat masuk u..foundation 2 taun..tahun ke 3 aku masuk main campus..buat degree in engineering..taun ke empat aku majoring..aku pilih automotif..senang kan nampak hidup aku...orang len susah payah nak masuk u..aku yang tak berapa bijak senang plak masuk u...but tuh takdir..aku ingat aku grade kat sini..tau depan kiranya..tapi tengah2 jalan..study aku teruk..entah dah takdir..aku start sakit2 masa nak masuk maincamp..lately sakit aku makin serius..aku tatau aku sakit apa..mula2 aku tak nak pikir..last2 its really effect my study..study aku jatuh..sebab banyak sebab..aku malas..tue aku admit..aku tak tido malam..so aku terpaksa tuang kelas..subjek aku tough..majoring aku lagi la..aku not motivated person..skali aku down..aku susah nak bangun..but related ngan study je..in my life..aku slalu motivated diri aku..tapi pasal study aku tak boleh..mmg tak boleh...sakit aku yang tatau sebab tue..aku slalu kena balik kg..aku penat ulang alik dari hometwon g tempat study aku..its take about 7 hours dgn bus..so aku penat duk atas bas..dalam sebulan aku kena balik..berubat ngan ustaz..sebab study aku teruk..aku kena extend sem..aku kena xtend sem 1 year more compare dari kawan2 aku..sebab study yang teruk nie..aku jadi takut..pointer aku tak naik2..masa nie baru aku tau..susahnya nak berjaya..study aku tak pernah susah sebelum nie..perjalanan study aku selama nie mcam senang jer..tak study bleh masuk u..satu sebab yang besar..masa tngah2 ada problem nie..aku baru ternotice..apa yang aku buat nie bukan apa yang aku suka...sebab mungkin bnyak sangat masalah..aku suka masak..aku suka sangt memasak..aku masuk dapur umur 8 taun..dulu masak macam hobi jer..tapi bila aku besar nie..aku semakin serius..aku asyik fikir masak je..org baca buku n study..aku buka buku masakan..org g buat keje kat internet..aku research pasal resepi...so kerana minat nie macam dah terlampau kat dalam diri aku...aku fikir..aku dah jumpa benda yang aku nak buat dalam idup aku..the prob is..aku study engineering..its take about 4 year..and my study really teruk masa tuh..result final aku jatuh gila..i have one more chance..if not aku kena dismiss..aku tak nak kena dismiss..tapi aku tak boleh blaja dah..aku tak der mood tengok tempat aku blaja..diri aku memberontak nak buat apa yang aku suka..aku takut sangat dengan masa depan..aku jeles tengok kawan2 kat u len dah grade..aku takut ngan usia yang semakin meningkat...aku serabut dengan penyakit aku...aku serba serbi tak kena masa tue...otak aku macam jalan kat kl jer..serabut..ngan fly over..highway..jem..aku stuck..so i dicided..left my study..aku berhenti blajar..tue disicion yang paling berat pernah aku buat..aku gadai hidup aku..masa aku..pengorbanan aku..kawan2 aku..impian mak ayah aku..aku nak jadi chef..aku tak nak buang masa lagik buat benda yang aku tak suka..aku rasa terpenjara ngan hidup aku..aku nak bebas..kesusahan masa aku blaja..bnyak makan nilai hidup aku...aku tak mampu bernafas walau aku hidup..setiap hari aku bangun pagi..otak aku berat gila..dada aku penuh..aku dah kata..aku seorang pemikir..otak aku tak pernah berhenti berfikir..even aku tido..aku boleh berfikir nak sambung mimpi aku camner..sebab aku bnyak fikir..aku takut sangat ngan masa depan..at first place memang aku tak nak kuar..parents aku sngt berharap..biar aku berusaha sampai habis daya..jangan fikir nak jadi chef..tumpu aper yang kat depan mata..aku fikir nak jadik chef sebab aku dah tak mampu nak pikir hidup aku as engineering student..i need to think a reoson..before aku decide nak kuar..so ini jer satu2 nyer benda yang jadik harapan aku masa tuh..parents aku menangis tengok anak dia macam nie...anak dia yang study separuh jalan..anak dia yang tak sungguh2..anak dia yang tak berani nak mencuba..anak dia yang tak fokus...memang aku menanggung kesalahan yang amat..mak ayah..mintak maaf sangat..walau bagaimana susahnya aku buat keputasan nie...walau bagaimana beratnya derang nak terima..aku belajar dalam hidup..aku hnya mesti menjadi aku saja..jadi aku saja...berat yang aku fikir..yang aku tanggung..walau sejauh mana simpati orang lain..walau seremuk mana hati mereka melihat aku yang tewas..aku yang lebih tahu..aku yang lebih merasa...aku yang lebih sakit pastinya..walau aku tak pernah tahu..jalan yang aku pilih nie..salah ke betul..tapi aku lebih selesa dengan diri aku hari ini..jauh lebih selesa..tiada orang bila membuat keputusan tahu keputusan tue betul ke salah..takder orang dalam dunia ...aku berani jamin..hanya takdir saja...takdir saja yang ader untuk tentukan..dan takdir itu sememangnya dari kuasa ALLAH belaka..dan yang tinggal pada diri aku..hanya harapan..semata-mata harapan..agar desicion nie betul untuk hidup aku sampai mati..sekarang aku jadik cikgu semntara...aku apply masuk u balik..insyaallah..bulan 7 aku masuk u balik..ambik course yang aku nak..even just buat diploma aja..aku skali lagi berharap...memang inilah yang aku nak...before aku kuar u dulu..aku jumpa dekan fakulti aku..dia cakap..jangan regret dengan keputusan yang aku nak..setiap orang melangkah..belum tentu tahu langkahan dia tue betul or tak..kadang-kadang pertama kali kita pilih pilihan kita betul..tapi ada jugak yang salah...ada yang lambat untuk sedar pilihan tue salah..pilihan tue salah atas banya sebab..masa..pemikiran..kehidupan..minat..tapi itu lebih baik dari orang yang tak pernah sedar..dekan aku kata..just do it..aper yang aku nak..walau pun aku amik beberapa tahun untuk sedar...yup..aku dah nak masuk 23..buat dip 3 tahun..dekat umur 27 baru aku abis blaja..erm..benda nie keep bordering me...but aku harap 3 tahun yang bakal aku tempuh tue..adalah tahun2 yang aku mula untuk melakar kejayaan sepanjang hidup aku...yup..future is not our's..begitu juga masa lalu..masa bagi aku hanya tempat kita melintas jer..kita tak pernah gengam..tu sebab bila korang tengok jam slalu bergerak tanpa berenti pun..menjadi cikgu..buat aku beljar banyak benda dalam hidup nie..buat aku analisa kesilapan lalu...tapi aku gembira..aku gembira dengan hidup sekrang..kalau aku tak gembira pun..aku ada masa untuk pikir macam mana nak jadi gembira..tapi ..aku memang terkenang -kenang dengan hidup lalu..terutama kawan-kawan..kehidupan yang aku tinggalkan..tempat yang pernah aku pijak..katil yang pernah aku tido..dunia yang pernah aku lihat...aku sekarang slalu menulis..tentang masa lalu..tentang masa yang aku tinggalkan...bakal menjadi aku yang berusia 23 tahun..hanya aku yang mengerti dengan hidup sendiri...


luar tingkap..luar pintu


luar tingkap..luar pintu..ini yang aku lihat...aku ingin lihat lagi...hidup...yang dulu...
.
.
.
.
bukan hari ini..








place of peacefull..



this is a place of "heaven"..tempat yang slalu aku pegi untuk jog..bukan jog pun..jalan-jalan jer..but one things..i love this place so much..kadang2 hidup terlampau bnyak benda untuk dikejar..bila satu satu masa..aku nak tengok awan biru..aku nak dengar bunyi burung..aku nak sedut udara segar..aku nak berkawan dengan pokok hijau..aku suka dengan nyanyian daun kering...aku mahu berjalan bebas...hanya kat sini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AKU RASA KEMBALI PADA ALAM..
.
.
.
manusia..
.
.
.
alam..
.
.
.
itu fitrah dan lumrah..
Sunday, March 9, 2008

mencari hati...


Pada suatu hari yang tidak ketahuan..cuaca yang panas garing..angin membahang kering..di sebuah bandar sesak..celah-celahan bangunan pencakar langit..dalam jerebu asap kemodenan dan manusia-manusia bertopeng. Di satu sudut jalanan, seorang budak lelaki..panggilnya " anak muda" dan di sisi depannya seorang lelaki..separuh abad..dikenalkan "orang tua".
"Anak muda" mundar-mandir, melihat sana kemudian sini..mata yang melilau tanpa fokus..teraba-raba pada himpunan timbunan sampah sarap berlonggakan..sesekali..bertanya-tanya pada orang-orang sekelilingnya..tapi dia terus melangkah pada arah kedepan. Bajunya comot..berwarna putih asalnya..dan dibahagian depan bajunya bersisa darah yang masih meleleh dari dalam bajunya. Mukanya pucat,matanya cekung..jalannya terhinjut-hinjut lemah. Orang-orang bertopeng..hanya melihat tanpa rasa..dan kadang kala mengeleng kepala apabila budak itu bertanya pada mereka..tapi mereka terus juga melangkah..tanpa ada rasa endah melihat keadaan "anak muda" itu.
Tibanya di satu titik.."anak muda" bertembung dengan "orang tua"..yang memerhatinya dari jauh sejak beberapa minit yang lalu..lantas..pertembungan itu melahir kata bual antara mereka...

"orang tua" : Anak muda, ke manakah kamu??

"anak muda": Saya sedang mencari wahai orang tua..

"orang tua" : oh..betullah telahan "orang tua" sedar tadi..tapi..apakah yang dicarimu anak muda??

"anak muda": "HATI"..hati saya telah dirompak..

"orang tua" : benarkah??sudahkah kamu mencari di semua tempat??di dalam longkang?? di rumah rumah mewah..di pejabat-pejabat besar??di ceruk ceruk kampung??atau di hutan yang tidak lagi tebal??dan sudahkah kamu melaporkan pada pihak berkuasa??

"anak muda": sudah..sudah pak cik..saya sudah penat..saya bernafas dalam kesakitan berjalan dalam kepayahan..semua orang saya bertanya..pihak berkuasa sudah di lapor..tapi kata mereka..kes sebegini tidak perlukan laporan..hati tanggungjawab sendiri..adakah pak cik ternampak hati saya??

"orang tua" : tidak anak muda..tapi..kenapa bajumu penuh dengan darah??

"Anak muda" tanpa bicara..membuka bajunya..dibalik sehelai baju berdarah itu.. ada dada terhiris dalam..hingga ternampak tulang-tulang rusuk, jantung merah yang masih berdenyut..urat-urat yang berselirat dibalik rekahan berdarah..kudis2 yang membawa nanah..dasyat..keadaannya..darah yang hampir kering disedut rakus bahang mentari..jijik..ngeri..dan ternampak ruang hati yang telah kosong..."anak muda" muda menyambung bicara...

"anak muda": inilah jadinya..mereka merobek dada saya untuk mencuri sekeping hati milik saya..


"orang tua" : kejam..mereka kejam..di mana letaknya hati mereka???

"anak muda": hati mereka telah tiada..mereka gadaikan pada yang berkuasa..tokey tokey besar..pada dunia..demi hidup yang senang..mengejar erti kemodenan..hati hanya untuk dijadikan permainan..makanan..atau pun barang hiasan..hati tiada harga untuk kemanusiaan..hanya untuk wang dan kuasa...

"orang tua" : begitukah "anak muda"??"orang tua" ini masih mundur..tidak tegar dengan kebenaran sebegitu..tapi "anak muda"..kemanakah kamu selepas ini??masihkah ingin terus mencari??

"anak muda": tidak..sya tidak mahu mencari lagi..saya penat..letih..terseksa..saya ingin tidur dan hanya bermimpi tentang hati...

"orang tua" : tapi"anak muda"..bagaimanakah dengan hati kamu??bagaimana kamu mahu hidup tanpa hati??

"anak muda": tidak ada apa-apa "orang tua"..manusia hari ini..boleh hidup tanpa hati..itu lebih menuju matlamat kemodenan dan kemajuan..jika mereka ada hati..tidaklah saya begini, di tikam..dirobek..dirompak..diseksa..hanya kerana sekeping hati..tidak ada hati lebih bermakna di zaman ini..hati hanyalah sebagai penghalang kejayaan..

"Orang tua" mengangguk perlahan mengiakan..

"anak muda": "orang tua", masih ada hati..jagalah ia dengan baik..simpanlah ia ditempat yang selamat..supaya boleh MATI dengan HATI..

"orang tua": baik wahai "anak muda"..tapi kamu..mesti terus mencari..mesti..bukan manusia tanpa hati..doa "orang tua" hanya satu..supaya kamu menemui hati kamu..semoga kamu pun MATI dengan HATI..

"anak muda": benar..benar pakcik..saya mesti terus mencari hati saya..walau ia telah di curi..tapi saya mesti hidup dan MATI dengan HATI..sehingga berjumpa lagi kita wahai "orang tua"...

"orang tua": sehingga berjumpa lagi "anak muda"!!!

Dalam langkah terhinjut- hinjut.."anak muda" terus berjalan..kerana masih ada rasa untuk terus mencari hati yang di curi.."orang tua" menghantar "anak muda"..dengan renungan yang tajam penuh harapan..mengharap anak muda menemui hatinya...hingga hilanglah anak muda di celah-celah bayang manusia-manusia bertopeng...


survey on me...

Tell Everyone About Yourself
Time started::5.10 pm
Basic About you:
Name::Jiha
Gender::female...
Height::164 cm..
Eye color::black..
Hair Color::black..well i'm asian..
Age::22
Birthday::may 1985
Lefty/righty/ambidextrous::righty..
Piercings::ears..
Tatoos::never..
Zodiac Sign::gemini..
Ring Size::erm??
Grade::erm????
More about you:
Are you named after anyone?:nope..i'm named after born...:)
Do you live in the moment?:i live in da' house???haha
Do you consider yourself tolerent to others?:i think so..
Do you have any secrets?:anyone don't??
Do you hate yourself?:i love myself..alwayz love..even i hate it..i still want to love it..
Do you like your handwriting?:yes..
Do you have any bad habits?:again..anybody don't??
If you were another person, would you be friends with you?:yes..i like myself as a friends...
Any regrets?:pastime...
Do you think life has been good so far?:yup..hwaiting!!
Are you confident?:not too much...
How long does it take you to shower?:15-20...or just 5 min in hurry..haha
What color is your room?:pink...
Where do you want to attend college?:i attended..now i left...start from new dot!!
Do you...?
Smoke?:nope..
Do drugs?:nope..
Drink?:nope..hey seem i'm a good gurl??haha
Go to church?:never..i go to mosque..
Sleep with stuffed animals?:i hate my mocha(cat)..
Take walks in the rain?:i wish to..but its end up scolded by my mom..hey..u will get flu..
Talk to people even if you hate them?:yup.its nope a border to stop me..
Drive?:yes..
Believe in premarital sex?:y should i??
Want to get married?:yes..
Want to go to college?:i went there..
Want to have children?:yes..
Sing in the shower?:alwayz forgot the lyric..how can i???
Get along with you parents?:yes..love them..
Get along with your sibling/s?:yes..love them too..
Color/highlight your hair?:just black..never change..
Like coffee?:i'm preffer tea..
Wear makeup everytime you go out?:just simple..
Love roller coasters?:y not?its fun sumhow..
Like to cook?:*________*..yes i'm....
Have you ever...?
Hurt yourself? :alwayz..
Been out of the country?:yes..
Been in love?:love is unversal..but with that "sumone just no...
Done drugs?:never...
Gone skinny dipping?:i'm fatty...
Had surgery?:never...
Played strip poker?:never...
Been on stage?:yes..koir..nasyid???haha..long2 time ago
Pulled an all nighter?:erm??
Gone one day without food?:yes..excitedly enjoting my life..forgot to eat..
Slept all day?:yes..i love to sleep..
Kissed a stranger?:never..
Had a dream that came true?:sum come true..sum true come ..felt many time..
Broken the law?:speeding??
Stolen anything?:cash machine??haha..
Been on radio/tv?:nope...
Been in a mosh-pit?:nope...
Bungee jumped?:nope...
Had a dream that kept coming back?:yes..alwayz..i remember my dream well..
Gone out of state?:sumtimes..
Live in other states?:i had..
Eaten an entire box of oreos?:nope..i nope choc eater however...
Had a movie marathon?:yes..alwayz..korean d made me insane..
Spun until you were immensely dizzy?:had i??
Been on a plane?:what to say..i just been on a bus..
Ran into a wall?:that crazy??will u?
Been rejected by a crush?:nope..
Cried in public?:yes..when my cousin left us...parmenantly...
Cried over a movie?:yea..touching by them..
Pranked called someone?:i love to..
Gotten a cavity?:i went to dentist..
Shopped at Abercrombie and Fitch?:well..i just went to giant..haha
Broken a bone?:never...
Fallen from a tree?:never..
Passed out?:never...
Been to a theme park?:yes...remind me of genting!!
Eaten sushi?:hate them..but love their design..so cute n seems delicious even nope..haha
This or That
Pepsi or Coke::sky juice..
McDonalds or BUrger King::kfc??
Chocolate or Vanilla::vanilla..
Black or White::both..yin n yang..
Burgers or Hot dogs::apam balik??haha
Boxers or breifs::kain batik???
Book or magazine::both..
TV or radio::tv n internet...
is the glass half empty or half full::any different???
sun or moon::day n night..
hot or cold::summer n winter..
romantic comedy or thriller::both..
waffles or pancakes::beskot kering??
Florida or california::hey..where u think i'm??
Black and white or color photos::balck n white..
The city, the beach, OR the country::beach n country..
Tennis shoes or sandals::depends..
Sweet or sour::salty..
Private or publie school::i jest left them..
Cappuccino or coffee::tea..tea..tea..i hate keffein..
English or history::mandarin..korean..
Science or math::art..
Do you believe ...?
in miracles?:yup..alwayz..life is full of miracles..
in magic?:david blaime??such a trick..
in God?:yes.and HE's the only ONE!!
in Satan?:yes..they exist no matter what..
in ghosts?:ghost goes to satans..
in luck?:nope..i'm beleive in faith...
in love at first sight?:yes..its faith however..
in Santa?:hey..santa just a big lie..
in the Easter Bunny?:y should i??should human believe the bunny??
in witches?:witches..they r satans however..
that it's possible to remain faithful forever?:are u alien??
in wishing on shooting stars?:just picking star...i wish..
that cussing is a necessity in life?:yes..well..what the court for??
yourself?:y sould believe the others..just myself knows who i'm..
Love and all that -
Do you consider love a mistake?:love is huminity...
If someone you had no interest in had interest in dating you how would you:avoiding..i wont give them a hope to make them suffers in the others day...
Do you prefer knowing someone before dating them?:yes..stranger scared me..
What is worst about the opposite sex?:understanding..
Who and when was your first crush?:when just a little gurl..he's come to my dream..i dun't know whom..
First thing you notice about the opposite sex?:they rough..
Right this moment...
What are you wearing?:t shirt n jeans..
What are you worried about?:future..
What book are you reading?:secret window..four past midnight..stephen king!!
What time is it?:5.28..pm
Are you bored?:yes..the answer y i'm here know..
Are you tired?:yes..i could't sleep well last nite..
Are you talking to anyone online or on the phone?:no..just i'm am..
Are you lonely or content?:lonely inside..content outside??
Are you listening to music, if so then what?:suju t..u r the only man..chuctchaa..
The Last...
Dream you had::before wake up dis morning..i awlayz dream every night in sleep..
Nightmare::yesterday..eaten the salty crab..whatz a dream??
Time you cried::2 month ago..i cried lots to think my life..
Movie you watched::il-mare..
Movie you rented::nope..just download it from internet..is that harder then rental??
Book you read::i'm reading..
Word you said::where's my book??asking my sister..
Time you laughed::last night before scolded by my brother..
Person to call you::my mum..
CD you played::installer window xp..haha
Song you listened to::suju suju..
annoyance::by my student..
IM sent or recieved::last night from didot n oren..
Time you yelled::3 days ago..my student just unbehaved..
Person you yelled at::my naughty student..
time you were a skirt::hehaha..wehn i was a little girl..
time you fought with your parents::2 or 3 week ago..
Time you wished on a shooting star::now..
Thing you ate::steam bun..
Time you showered::3 hours ago..
Nail polish color worn::never...
Your favorite:
Type of gum::mint n fruity..
Restaurant::i preffer cooking...
Season::winter..autumn..come on..malaysia have no snow at the all..
Type of weather::rainy dayz..not heavy one..
Emotion::weird..darkness in the windy dayz..
Color::balck n white..but i'm not to choosy..
Perfume::miracle..
Candy::lolipop..
Pizza topping::pepperoni n cheese ...
Fruit::apple..an apple a day keep the doctor away??haha
Veggie::anything pun boleh...
Type of cake::white choc mecadamia..
Magazine::usually nope too intrested..anythng can..
TV Show::suju suju..evrything about super junior!!hwaiting..
Day of the week::friday..
Month::may..
Holiday::redang island..any island pun boleh..
Number::7..but always stucked with 8..
Sport to watch::i hate them..preffer to play by own than watch..but i watched badminton last nite...haha
Flower::lavender..roses..
Finally...
Time Finished::5.45
Take this survey | Find more surveys
Bzoink - The Original Survey Site



 

Blog Template by YummyLolly.com