Tuesday, April 1, 2008

semalam dan takdir...


semalam..
kita lihat keindahan malam..
bersama kerlipan bintang-bintang..
seperti mata menyinari wajah..
dan bulan mengulas senyum di balik awam..
bercahaya indah..
tapi..
hari ini berbeda..
malam ini tak seindah semalam..
hanya kelam yang kelihatan..
bintang timur saja yang setia..
kita tak mengerti kenapa..
dan masa berlalu..
semalam adalah semalam..
indah semalam adalah takdir..
kelam malam ini jua takdir..
kerna takdir tetap takdir..
dan kita pula bukan pendita..
jua bukan sang nujum..
kuasa bukan kita yang punya..
ramalam hanyalah palsu..
segalanya telah kita serahkan..
padaNYA yang satu..
lalu kita rentasi saja..
malam itu yang indah..
malam ini yang kelam..
jua malam esok yang belum tentu..
kerana kita..
hanya manusia biasa...




0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com