Tuesday, March 11, 2008

salju hitam dan 7 orang gergasi..


"Salju hitam"..lahir di sebuah istana..pada era penentangan china dan eropah???..iaitu pada satu zaman...... zaman dahulu kala."Salju hitam" telah kematian ibu tercinta sejak hari dia di lahirkan..hidup sebgai anak yatim di sebuah istana yang mewah dan megah.Setelah 18 tahun kemudian.."salju hitam" telah mencapai usia remaja..Rupa paras "salju hitam" mula meniti dari mulut rakyat jelata..Rakyat jelata teringin benar untuk melihat rupa paras puteri raja ini si "Salju Hitam"..Dari lorong belakang pasar hinggalah ke pelabuhan besar di hujung muara sungai..rakyat jelata asyik bercerita dan berteka teki akan wajah puteri tercinta.

Penjual Daging:"Puteri Salju hitam mesti mempunyai rupa paras yang cantik..bukan itukah ciri2 puteri-puteri bangsawan??"

Pembeli sayur yang asyik mendegar perbincangan tersebut mencelah..."Ya puteri kita khabarnya..wajahnya putih bak salju..matanya bundar dan menawan..pipinya merah dan gebu..hidungnya mancung terletak..dan rambutnya ikal menawan..khabarnya juga bila menyanyi burung-burung terdiam mendengar lunaknya suara si puteri yang keluar dari dua ulas bibirnya mekar"...tokok si pembeli sayur dengan penuh semangat...

berita tokokkan itu terbawa ke lorong belakang kedai hinggalah ke pelabuhan..semua orang memuji kecantikkan puteri yang disebut sebut itu walau mereka sekalipun tidak pernah bertentang mata dengan si puteri idaman rakyat...bagi mereka..puteri haruslah cantik..elok di pandang..bersifat penuh kebaikan dan kesopanan...dan apa-apa sajalah yang elok..


Pada suatu hari ayahanda Si "SALJU PUTIH"..raja negeri "Aman Makmur"..berkahwin dengan seorang wanita bangsawan dari negeri jiran..wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik..dan berpewatakan menarik...majlis keraian diadakan..rakyat jelata di jemput hadir..makanan,minuman dan persembahan yang paling hebat disediakan..semuanya mesti menunjukkan kemegahan dan kemewahan..bukan begitukah seharusnya hidup seorang raja yang bangsawan??

Berduyung-duyunglah rakyat jelata hadir meraikan perkahwinan tersebut...di samping mahu menatap wajah si "Salju Hitam" dan permaisuri yang baru..

Si Raja yang dihormati merperkenalkan permaisuri pilihan hati kepada rakyat...bertepuk tanganlah si rakyat jelata kerana mendapat permaisuri yang cantik menawan lagi peramah..tibalah giliran si Raja memperkenalkan sang puteri yang menjadi perbualan rakyat..memang benar..sang puteri si "Salju Hitam" cantik rupawan...dihiasi pula dengan pakaian dan perhiasan yang mahal-mahal belaka...namun wajah si "Salju Hitam" masam mencuka..tidak peramah seperti permaisuri yang baru..tidak beberapa minit kemudian...si "Salju Hitam" bangun sambil mencampakkan gelas yang di minumnya..dia menjerit dengan kuat.."aku rimas dengan kamu semua rakyat yang kelaparan..datang ke istanaku dan mengganggu malamku yang sepatutnya indah"..dia terus berlalu..masuk ke dalam istana mewahnya...
Rakyat jelata nyata berkecil hati dengan tindakan si "Salju hitam"yang khabarnya mempunyai perwatakan yang elok dan bersusila tinggi..jika tidak kerana ayahanda nya..tunduk memohon maaf..mungkin hampir kosonglah istana tersbut ditinggalkan dengan kemarahan rakyat yang rasa terhina dengan kata-kata si "Salju Hitam"...

Selepas sepurnama berlalunya majlis keraian yang "bersejarah itu"..cerita akan puteri "Salju Hitam" yang biadap mula di lupai...tapi keadan di istana tidak begitu..perangai biadap si Salju hitam makin menjadi-jadi..si Salju Hitam cukup benci akan ibu tiri barunya itu...dia merasakan kecantikan dan kebaikan ibu tirinya mencabar kedudukannya sebagai seorang puteri...kasih sayang yang ikhlas dari ibu tirinya..di salah erti sebagai perangkap untuk menjatuhkan dirinya...

Sehinggalah suatu hari...si "Salju Hitam" mendapat tahu rahsia ibu tirinya yang mempunyai cermin ajaib yang boleh berkata-kata...dia ingin benar bercakap -cakap dengan cermin ajaib itu...untuk menanyakan siapakah gerangan wanita tercantik di dunia..dan bilakah Si Putera Idaman akan hadir dalam hidupnya.. berkahwin dengannya serta hidup bahagia selama-lamanya...seperti kebnyakan cerita dongengan2 puteri raja yang lain...tapi niatnya tidak kesampaian...kerana ibu tirinya..asyik menghalang beliau masuk ke bilik rahsia di bawah tanah itu..hinggalah pada suatu hari...

Niat si "Salju hitam" termakbul..si "Salju Hitam" tanpa berlengah..menanyakan cermin ajaib yang boleh berkata-kata akan soalan yang asyik terpendam di dalam.."Wahai Cermin Ajaib..bilakah putera impian akan datang meminang beta??"...cermin ajaib lalu berkata-kata"Sempurna lagi tuanku..sabarlah"..gembira sungguh si "Salju Hitam" mendengar jawapan tersebut sambil membayangkan putera yang kacak menawan serta gagah perkasa datang melamarnya..kemudian si "Salju Hitam" menyakan soalan yang lain..."Wahai cermin yang ajaib..siapkah wanita tercantik di dunia ini..betakah?..beta rasa betalah paling cantik..tidakkah begitu wahai cermin ajaib?"...cermin ajaib berdiam diri seketika sebelum menjawab..."Tuan Puteri memang cantik rupawan...tapi tuan Puteri bukanlah wanita tercantik di dunia...bukan tuan puteri..walau tuan puteri cantik..tapi hati tuan puteri kotor...orang yang paling cantik ialah wanita yang mempunyai rupa yang cantik dan hati yang bersih...bukan tuan puteri...tapi ibu tiri tuan puteri..tuanku permaisuri.."..mendengar jawapan yang manyakitkan hati dari cermin ajaib itu..."Si Salju Hitam"menjadi cukup marah..dia mencampak cermin ajaib..hingga pecah berderai..lalu melarikan diri ke hutan...tanpa memikir kan sebarang sebab dan akibat..hanya mengikut rasa marahnya...

Setelah berlari berhari-hari..dengan rasa marah yang di pendam..si "Salju Hitam" mula tersedar..dirinya telah sesat jauh ke dalam hutan tebal...perutnya mula terasa lapar...dia mula menyesal kerana terlampau mengikut rasa marahnya..seorang diri di dalam hutan...kesejukan..kelaparan..dan ketakutan...si puteri mula menangis...tangisan nya di dengari..oleh tujuh orang gergasi yang bertelinga besar...

Tiba-tiba..dalam kegelapan malam..dan kesejukan sambil menangis...si "Salju Hitam"..terasa kawasan sekitarnya bergegar dengan kuat..."Salju Hitam"menyangka gempa bumi melanda..dia menangis semakin kuat...tanpa disangka..gegaran itu terhenti..dan di depannya ada tujuh raksasa bertelinga besar...menghulur tangan untuk menyelamatkannya..."Salju Hitam"teragak-agak untuk menyambut huluran tangan itu..Tapi..Sang-sang Gergasi yang di fikir kasar dan ganas itu..tersenyum penuh keikhlasan terhadapnya...akhirnya si"Salju Hitam" diselamatkan oleh gergasi-gergasi tersebut dan di bawa pulang ke gua tempat mereka tinggal..

Tinggallah si Puteri "Salju Hitam" bersama-sama tujuh orang gergasi bertelinga besar di dalam gua yang kelam..dan berdebu itu...Salju Hitam asyik membuat hal yang tidak sepatutnya...gergasi-gergasi yang baik hati ditengking kerana dia benci dan jijik melihat rupa gergasi yang buruk..bertelinga besar..dan berbadan besar...dia asyik menjerit minta di hantar pulang...dan merungut kenapa gerangan putera idaman tidak datang menyelamatkanyya dari gua yang melemaskan itu...gergasi-gergasi yang baik hatinya...tidak tahu bagaimana untuk menolong si "Salju Hitam"..apa yang boleh mereka buat hanyalah menyediakan makanan yang elok-elok agar si Salju Hitam berpuas hati...

Maka pada suatu hari...gergasi-gergasi bertelinga besar..berusaha..mencari cendawan bintik-bintik yang paling enak untuk disajikan kepada "Salju Hitam"..setelah penat merayau-rayau di dalam hutan...berjumpalah mereka akan cendawan berbinti-bintik yang di cari...cendawan-cendawan tersebut segar dan mengeliurkan..pulanglah gergasi-gergasi tersebut dengan hati yang gembira..dan menyediakan cendawan itu kepada "Salju Hitam"...

Nyata "Salju Hitam"..begitu berselera memakan cendawan bintik-bintik tersebut..tapi..tanpa disangka-sangka...salju hitam jatuh pengsan..dan terus tidak sedarkan diri...Gergasi-gergasi mulai panik dengan keadaan tersebut...tiba-tiba..mereka tersedar..bahawa cendawan tersebut sebenarnya beracun..kerana cendawan bintik- bintik putih sahaja selamat di makan..bukan cendawan bintik-bintik merah seperti yang mereka petik...

Hampir seminggu si "Salju Hitam" tidak sedarkan diri..sebelum sang "Putera Idaman" yang tersesat ke dalam gua 7 orang gergasi datang menyelamakannya..."Putera Idaman" mempunyai ciuman ajaib..yang boleh merawat semua penyakit di dunia ini..Si "Putera Idaman"menggunakan kelebihan tersebut untuk menyedarkan si "Salju Hitam" dari tidurnya...dahi si "Salju Hitam" diciumanya dengan penuh harapan..seperti yang diharapkan..terjagalah si "Salju Hitam" dari tidurnya yang lama...maka bergembiralah 7 ekor gergasi yang baik hati...

Si"Salju Hitam" membuka matanya perlahan-lahan..di depanya ternamapk..wajah si"Putera Idaman"..dengan rasa terkejut.."Salju Hitam" bingkas bangkit dan menampar wajah "Putera Idaman"..."Siapakah kamu..wahai lelaki yang hitam lagi hodoh?"...tanya "Salju Hitam"...
"Betalah Putera Idaman"..jawab si "Putera Idaman"..dengan rasa rendah diri dan terhina akan kata-kata "Salju Hitam"..."Beta datang menyelamatkan tuan Puteri untuk di hantar kembali ke istana tuan puteri di negeri "Aman Makmur"..mahukah??...Salju hitam yang terpinga-pinga kerana tak menyangka putera idaman yang hadir sebenanrnya berwajah hitam dan hodoh..walau badannya tinggi dan tegap..dan baik hatinya.."Hantar Beta pulang..beta tak sanggup hidup di sini lagi...sebagai balasan ..beta akan tunaikan permintaan tuan hamba"...kata "Salju Hitam" dengan penuh angkuh dan bongkak..maka tinggalah 7 orang gergasi dengan rasa tercalar di gua yang melemaskan itu.........

Pulanglah..si "Salju Hitam"..kembali ke istananya yang mewah..kepulangannya di sambut dengan air mata gembira..Raja dan Permaisuri yang baik hati...Maka tibalah masa untuk si "Salju Hitam"..memenuhi permintaan "Putera Idaman"...tanpa disangka.."Putera Idaman" idaman melamarnya untuk berkahwin..terpaksa lah si "Salju hitam" menerima lamaran itu dengan hati yang berat kerana janjinya telah dibuat...

Hiduplah si Putera dan Puteri dengan penuh berantakan di Istana yang mewah...hampir sedekad kemudian...hebohlah satu negari "Aman Makmur" akan berita perceraian si "Salju Hitam" dan "Putera Idaman"...betullah andaian rakyat jelata bahawa perkahwinan mereka tidak kekal selamanya..kerana perangai sombong,angkuh, dan biadap si "Salju Hitam"...maka..tinggalah si"Salju Hitam" yang HANYA cantik rupawan di istana mewah hingga ke akhir hayatnya..tanpa sikap yang ingin berubah..N





0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com